{"id":6443,"date":"2018-04-05T09:18:27","date_gmt":"2018-04-05T02:18:27","guid":{"rendered":"https:\/\/old.icc-jakarta.com\/?p=6443"},"modified":"2018-04-05T09:18:27","modified_gmt":"2018-04-05T02:18:27","slug":"biografi-abu-al-raihan-muhammad-ibn-ahmad-al-biruni-ustadz-fil-ulum","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/biografi-abu-al-raihan-muhammad-ibn-ahmad-al-biruni-ustadz-fil-ulum\/","title":{"rendered":"Biografi Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni, Ustadz fil Ulum"},"content":{"rendered":"<p><strong>ICC Jakarta &#8211;\u00a0<\/strong>Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan\u00a0 perhatian\u00a0 kepada\u00a0 persoalan\u00a0 dan\u00a0 pemikiran\u00a0 yang\u00a0 berkaitan\u00a0 dengan falsafah.<\/p>\n<p>Asas falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berdasarkan ajaran Islam bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeda dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logika semata-mata.<\/p>\n<p>Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.<span id=\"more-571\"><\/span><\/p>\n<p>Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam.<\/p>\n<p>Karena itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada\u00a0 para\u00a0 sarjana\u00a0 Islam untuk\u00a0 terus menggali\u00a0 dan\u00a0 mempelajari\u00a0 pelbagai\u00a0 ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.<\/p>\n<p>Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun\u00a0 362 H\u00a0 (973 M) diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematika dan alam.<\/p>\n<p>Minat\u00a0 dan\u00a0 kecenderungannya\u00a0 untuk\u00a0 mempelajari\u00a0 serta\u00a0 meluaskan\u00a0 dimensi\u00a0 ilmu pengetahuannya\u00a0 telah\u00a0 mendorong\u00a0 Al-Biruni\u00a0 merantau\u00a0 sehingga\u00a0 ke\u00a0 negara\u00a0 India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang\u00a0 ulama.\u00a0 Kesempatan\u00a0 itu\u00a0 digunakan\u00a0 sepenuhnya\u00a0 oleh\u00a0 Al-Biruni\u00a0 untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.<\/p>\n<p>Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.<\/p>\n<p>Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.<\/p>\n<p>Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad\u00a0 dan\u00a0 para\u00a0 sarjana\u00a0 Islam\u00a0 India\u00a0 yang\u00a0 tinggal\u00a0 dalam\u00a0 istana\u00a0 Mahmud\u00a0 al Ghaznawi.<\/p>\n<p>Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita\u2019shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan\u00a0 sebuah\u00a0 pusat\u00a0 kajian\u00a0 astronomi\u00a0 mengenai\u00a0 sistem\u00a0 solar\u00a0 yang\u00a0 telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.<\/p>\n<p>Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai \u201cUstaz fil Ulum\u201d atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah\u00a0 Islam\u00a0 telah\u00a0 diterjemahkan\u00a0 ke\u00a0 dalam\u00a0 bahasa\u00a0 Inggris\u00a0 dengan\u00a0 judul \u201cChronology of Ancient Nation\u201d. Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah\u00a0 dan\u00a0 tersimpan\u00a0 dengan\u00a0 baiknya\u00a0 di\u00a0 Museum\u00a0 Escorial,\u00a0 Sepanyol.\u00a0 Dalam sepanjang hidupnya<\/p>\n<p>Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk.<\/p>\n<p>Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama peninggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb,\u00a0 tentang\u00a0 obat-obatan.\u00a0 Karya\u00a0 ini\u00a0 dikatakan\u00a0 karyanya\u00a0 yang\u00a0 terakhir\u00a0 sebelum meninggal dunia pada 1048M.<\/p>\n<p>Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.<\/p>\n<p>Pemikiran\u00a0 falsafahnya\u00a0 tidak\u00a0 semata-mata\u00a0 bersandarkan\u00a0 kepada\u00a0 imaginasi\u00a0 dan permainan\u00a0 logik\u00a0 tetapi\u00a0 berdasarkan\u00a0 kepada\u00a0 kajian\u00a0 yang\u00a0 dilakukannya\u00a0 secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya \u2018Anil Quran al Khaliya.<\/p>\n<p>Sebelum\u00a0 ke\u00a0 India,\u00a0 Al-Biruni\u00a0 sering\u00a0 menjalinkan\u00a0 hubungan\u00a0 dengan\u00a0 Ibnu\u00a0 Sina. Keadaan ini menjadi bukti penegasan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekaligus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba<br \/>\nboleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya.<\/p>\n<p>Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahwa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di menara gading. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi posisi dan tempat yang khusus. Peranan dan<br \/>\nkedudukan mereka amat besar dalam pembinaan peradaban Islam serta peradaban manusia.<\/p>\n<p>Sesungguhnya\u00a0 kemunculan\u00a0 Al-Biruni\u00a0 sebagai\u00a0 tokoh\u00a0 ilmuwan\u00a0 tersohor\u00a0 telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri. []<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ICC Jakarta &#8211;\u00a0Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan\u00a0 perhatian\u00a0 kepada\u00a0 persoalan\u00a0 dan\u00a0 pemikiran\u00a0 yang\u00a0 berkaitan\u00a0 dengan falsafah. Asas falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berdasarkan ajaran Islam bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeda dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6444,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"give_campaign_id":0,"footnotes":""},"categories":[65],"tags":[429],"class_list":["post-6443","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tokoh","tag-slide"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6443","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6443"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6443\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6443"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6443"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ex-server-speedypage-transit.aliridof.com\/icc\/restoration\/v2r5\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6443"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}